Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Monday, October 19, 2009

Sayangi Karburator Badan Kita [:

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera http://i306.photobucket.com/albums/nn252/cebong_ipit/ALL%20EMOTICON/orange/orange4.gif,

Fail:Humhrt2.jpg
Kali ini saya ingin memberi info serba sedikit tentang jantung. Mungkin boleh meningkatkan minat dan pemahaman umum tentang topik, ada beberapa perkara yang menarik tentang jantung yang anda perlu ketahui.

  • Jantung anda adalah otot ciptaan tuhan yang paling kuat bekerja dalam badan.
  • Saiznya sebesar penumbuk sahaja.
  • Tidak seperti otot, mata, mulut dan lain-lain anggota, jantung bekerja siang dan malam tanpa henti. Jantung tidak mengenal erti jemu dan penat.
  • Ia mula berdenyut ketika fetus berusia lapan minggu dalam kandungan ibu.
  • Secara purata, jantung berdenyut sebanyak 2.5 billion kali dan mengepam hampir 50 juta gelen darah apabila kita mencapai usia 70 tahun.
  • Jantung berdenyut kira-kira 60 hingga 100 kali seminit atau kira-kira 100,000 kali sehari. Jaantung juga mengepam lebih kurang 1,900 gelen darah ke seluruh tubuh badan dalam jangka masa 24 jam.
  • Jantung umpama karburator kereta, di mana tanpa karburator, kereta tidak akan mampu untuk bergerak.
  • Denyutan jantung juga adalah diluar kawalan kita. Ia bergerak tanpa diminta dan berhenti tanpa disuruh.
  • Tisu khas pada jantung yang dikenali sebagai 'pacemaker' adalah penggerak utama denyutan jantung.
  • Jantung mengalirkan darah ke seluruh badan dan juga kepada jantung itu sendiri.
  • Jantung mendapatkan bahan tenaga pukal berbentuk oksigen dan gula dari salur darah koronari pada permukaan jantung.
  • Terdapat tiga salur darah koronari utama pada jantung kita yang mempunyai keberangkalian tersumbat.
Hargailah ciptaan Allah http://i306.photobucket.com/albums/nn252/cebong_ipit/ALL%20EMOTICON/orange/orange4.gif.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDa-ufI_FWn100N6a8LDnHJghpmFVnyJ9g8wTs5YNe-5XY2gzfcun2YJdQ0-PlPvxMpRUZYSvQvbE24IpjhlWN-WH86EWHkyD4Z98_A0T37JLxlQOjjcxvXA5q09VHeXhucHaj53dJISI/s320/s4bannercontestalyanna.jpg