Tuesday, November 24, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Friday, November 13, 2009
Heroes-Musim 4:Redemption-Volume 5-Episod 5:Hysterical Blindness,Episod 6:Tabula Rasa,Episod 7:Strange Attractors,Episod 8:Once Upon a Time in Texas Dan episod 9:Shadowboxing
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera
,
Saya betul-betul minta maaf sebab sudah lama ketinggalan tidak meletakkan episod Heroes di blog saya.Memang tengah betul-betul sibuk.Sekarang duduk dekat rumah lain bukan rumah asal dan masuk internet pun kena pakai Streamyx rumah asal tiada jalur lebar 3G kalau ada pun kawasan sini tiada liputan.Waktu ini kena pergi rumah asal, nasib baik dekat tapi terhadlah masa.Oleh sebab minggu depan atau sebulan mungkin tidak dapat masuk internet maka saya kumpulkan terus cerita Heroes dari episod 5 hingga episod paling baru.
Episod 5:Hysterical Blindness
Episod 6:Tabula Rasa
Episod 7:Strange Attractors
Episod 8:Once Upon a Time in Texas
episod 9:Shadowboxing
Selamat menonton
.
Friday, October 30, 2009
Heroes-Musim 4-Volume 5:Redemption-Episod 4:Acceptance
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera
,
Hidup Hiro terus tidak seimbang, dia mengganggu dirinya dengan menyelamatkan nyawa yang lain. Sementara itu, Angela cuba membantu "Nathan" baru untuk mengingati masa lampaunya,untuk mengelakkan dia mengingati tentang Sylar.
Selamat menonton
.
Wednesday, October 28, 2009
Heroes-Musim 4-Volume-5:Redemption-Episod 3:Ink
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera
,
Sinopsis pendek:
Peter berjumpa wanita baru dengan kuasanya, Claire membincangkan dengan memperkenalkan rahsianya; Samuel(penjahat baru) pergi untuk mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan semula kenangan abangnya; dan Matt berjuang dengan syaitan dalaman sebagai Sylar muncul semula.
Jika ada masalah menonton klik sini.
Selamat menonton
.
coretan MOHD [: pada 11:31 PM 2 pendapat
Tuesday, October 27, 2009
Heroes-Musim 4-Volume 5:Redemption-Episod 1:Orientasi
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera
,
Inilah dia seperti diperkatakan sebelum ini, musim yang paling baru bertajuk 'redemption'(penebusan).Musim kali ini macam ada lambat sikit suasananya sebab banyak watak lama entah kemana mungkin pertengahan musim rasanya muncul balik.
Video diatas adalah dwi episod iaitu 1 and 2. Episod kedua dikenali sebagai "Jump, Push, Fall", bagaimanapun, tajuk itu langsung tidak ditunjukkan di skrin.
Sinopsis:
Kehidupan kolej baru Claire adalah diselubungi kematian misteri terletak dibahunya. Hiro dan Ando menggunakan kuasa mereka untuk memeulakan bisnes baru iaitu membantu orang, manakala Peter membuat perkara yang sama dengan menjadi paramedik di New York.
Jika anda tidak berapa faham melihat cerita diatas klik pautan ini untuk melihat sinopsis penuh.
http://en.wikipedia.org/wiki/Orientation_(Heroes)
Selamat menonton
.
coretan MOHD [: pada 3:31 PM 2 pendapat
Sunday, October 25, 2009
Heroes-Musim 3-Volume 4:Fugitive-Episod 25:Invisible Thread
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera
,
Siapa sini pernah tengok drama Heroes.Saya hanya dapat tengok setakat musim 1 dan musim 2. Musim pertama tengok di tv3 hanya beberapa episod pada permulaan musim dan episod akhir. Musim pertama memang panjang. Musim kedua tengok dekat komputer abang sebab video itu pun dari kawan dia yang memang suka cerita ini. Musim kedua walaupun tengok tiada sarikata tapi boleh faham sikitlah.Musim pertama walaupun ada sarikata tetapi masih tiada rasa(feel) disebabkan iklan yang banyak malah pada hujung minggu ditayangkan dan sekaligus tiada ulangan bila tiada ulangan banyak episod terlepas, bila banyak terlepas maka banyak tidak faham.
Begitu juga pada musim kedua, masa ini rumah sudah ada Astro, faham-faham sajalah bila ada Astro yang banyak saluran maka tidak selalu dapat tengok tv3 lebih-lebih lagi hujung minggu maka terlepaslah. Kalau saya duduk seorang lain cerita ini ramaikan tetapi bagi saya kalau tengok cerita ramai-ramai dengan keluarga baru seronok. Disini memang ada Astro tetapi tiada saluran Star World yang memang eksklusif Heroes memang cepat ditayangkan malah banyak ulangan.
Saya baru sahaja habis menonton drama ini untuk musim keempat di internet. Tengah tunggu episod baru sebab di Amerika pun belum habis tayang lagi. Oleh kerana saya akan letak video untuk musim terbaru maka anda tengok dahulu akhir musim ketiga, nanti tidak faham pula tengok musim baru.Kalau berpeluang hendak tengok episod musim ketiga sepenuhnya(banyak episod sama macam musim pertama) sebab saya pon tengok episod akhir saja hihihi.
Selamat menonton
.
Saturday, October 24, 2009
Kamera Digital Kompak Pertama Di Dunia Dengan Projektor Terbina Dalam
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera
.
Sudah lama saya tidak menulis rencana terbaru.Banyak sebenarnya halangan dalam beberapa hari ini.Fikiran macam bermasalah sedikit hihihi.Kali ini saya ingin bercerita tentang gajet yang berteknologi baru.Anda kenal projektor.Jadi pada hari ini dengan dunia semakin maju projektor sudah menjadi semakin mudah malah menjimatkan ruang juga.Kenapa? Sebab sudah ada kamera yang mempunyai projektor terbina dalam.Kamera apakah itu? Nikon Coolpix S1000pj merupakan kamera digital kompak pertama di dunia dengan projektor terbina dalam.
Kamera ini mempunyai dua variasi warna iaitu hitam dan perak.Bermegapiksel 12.1 (harap maaf sebelum ini taip 2.1).Zoom sebanyak 5 kali dan 2.7 inchi Lcd.


Walaupun mungkin projektornya tidak sehebat projektor biasa tetapi ini baru peringkat pertama pengeluaran teknologi ini.Penyelidikan dan pembangunan teknologi ini sentiasa berlaku.Untuk mengetahui segalanya dengan lebih tepat klik sahaja laman rasmi ini http://www.nikon-coolpix.com/en/#/camera4
Sekian
.
coretan MOHD [: pada 7:56 AM 2 pendapat
Monday, October 19, 2009
Sayangi Karburator Badan Kita [:
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera
,
Kali ini saya ingin memberi info serba sedikit tentang jantung. Mungkin boleh meningkatkan minat dan pemahaman umum tentang topik, ada beberapa perkara yang menarik tentang jantung yang anda perlu ketahui.
- Jantung anda adalah otot ciptaan tuhan yang paling kuat bekerja dalam badan.
- Saiznya sebesar penumbuk sahaja.
- Tidak seperti otot, mata, mulut dan lain-lain anggota, jantung bekerja siang dan malam tanpa henti. Jantung tidak mengenal erti jemu dan penat.
- Ia mula berdenyut ketika fetus berusia lapan minggu dalam kandungan ibu.
- Secara purata, jantung berdenyut sebanyak 2.5 billion kali dan mengepam hampir 50 juta gelen darah apabila kita mencapai usia 70 tahun.
- Jantung berdenyut kira-kira 60 hingga 100 kali seminit atau kira-kira 100,000 kali sehari. Jaantung juga mengepam lebih kurang 1,900 gelen darah ke seluruh tubuh badan dalam jangka masa 24 jam.
- Jantung umpama karburator kereta, di mana tanpa karburator, kereta tidak akan mampu untuk bergerak.
- Denyutan jantung juga adalah diluar kawalan kita. Ia bergerak tanpa diminta dan berhenti tanpa disuruh.
- Tisu khas pada jantung yang dikenali sebagai 'pacemaker' adalah penggerak utama denyutan jantung.
- Jantung mengalirkan darah ke seluruh badan dan juga kepada jantung itu sendiri.
- Jantung mendapatkan bahan tenaga pukal berbentuk oksigen dan gula dari salur darah koronari pada permukaan jantung.
- Terdapat tiga salur darah koronari utama pada jantung kita yang mempunyai keberangkalian tersumbat.
coretan MOHD [: pada 3:15 PM 7 pendapat
Sunday, October 18, 2009
Mencekau Bumi Dengan Google Earth [:
Assalamu'alalaikum dan selamat sejahtera
.
Dengan Google Earth, anda dapat terbang ke mana saja di Bumi untuk melihat imej satelit, peta, medan, bangunan 3D, dari galaksi di angkasa luar sampai ke lautan. Anda dapat menjelajahi kandungan geografi lengkap, menyimpan tempat yang dikunjungi dan berkongsi dengan orang lain.
Google versi 5 anda akan dapat:
-Gambaran sejarah dari seluruh dunia.
-Data dasar dan permukaan lautan dari pakar marin.
-Semakin mudah mempelajari dengan perakaman audio dan suara.
-Bukan setakat melihat pada bumi tetapi angkasa juga seperti bulan.
-Anda juga boleh mereka bangunan 3D untuk Google Earth.
Berdasarkan pemerhatian saya dari laman web utama perisian inilah kadarnya.
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
.Layari laman web rasmi ini untuk muat turun www.earth.google.com.
Untuk muat turun perisian ini komputer anda memerlukan.
· CPU: Pentium 3, 500Mhz
· System Memori (RAM): 128MB
· Hard Disk: 400MB ruang kosong
· Kad Grafik: 3D-capable with 16MB of VRAM
· Skrin: 1024x768, "16-bit High Color"
Selamat mencuba
coretan MOHD [: pada 3:56 PM 0 pendapat
KemBara ANak MuDa [:
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera
,
Maka bermulalah perjalanan anak muda di dunia siber ini dengan blog versi baru yang dilaksanakan dan visi baru yang dimatlamatkan.Semoga blog ini dirahmati Allah.Semoga kita mendapat faedahnya bersama
.
coretan MOHD [: pada 3:42 AM 0 pendapat
Labels: Pengenalan


