Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera
,
Sinopsis pendek:
Peter berjumpa wanita baru dengan kuasanya, Claire membincangkan dengan memperkenalkan rahsianya; Samuel(penjahat baru) pergi untuk mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan semula kenangan abangnya; dan Matt berjuang dengan syaitan dalaman sebagai Sylar muncul semula.
Jika ada masalah menonton klik sini.
Selamat menonton
.
Wednesday, October 28, 2009
Heroes-Musim 4-Volume-5:Redemption-Episod 3:Ink
coretan MOHD [: pada 11:31 PM 2 pendapat
Tuesday, October 27, 2009
Heroes-Musim 4-Volume 5:Redemption-Episod 1:Orientasi
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera
,
Inilah dia seperti diperkatakan sebelum ini, musim yang paling baru bertajuk 'redemption'(penebusan).Musim kali ini macam ada lambat sikit suasananya sebab banyak watak lama entah kemana mungkin pertengahan musim rasanya muncul balik.
Video diatas adalah dwi episod iaitu 1 and 2. Episod kedua dikenali sebagai "Jump, Push, Fall", bagaimanapun, tajuk itu langsung tidak ditunjukkan di skrin.
Sinopsis:
Kehidupan kolej baru Claire adalah diselubungi kematian misteri terletak dibahunya. Hiro dan Ando menggunakan kuasa mereka untuk memeulakan bisnes baru iaitu membantu orang, manakala Peter membuat perkara yang sama dengan menjadi paramedik di New York.
Jika anda tidak berapa faham melihat cerita diatas klik pautan ini untuk melihat sinopsis penuh.
http://en.wikipedia.org/wiki/Orientation_(Heroes)
Selamat menonton
.
coretan MOHD [: pada 3:31 PM 2 pendapat
Sunday, October 25, 2009
Heroes-Musim 3-Volume 4:Fugitive-Episod 25:Invisible Thread
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera
,
Siapa sini pernah tengok drama Heroes.Saya hanya dapat tengok setakat musim 1 dan musim 2. Musim pertama tengok di tv3 hanya beberapa episod pada permulaan musim dan episod akhir. Musim pertama memang panjang. Musim kedua tengok dekat komputer abang sebab video itu pun dari kawan dia yang memang suka cerita ini. Musim kedua walaupun tengok tiada sarikata tapi boleh faham sikitlah.Musim pertama walaupun ada sarikata tetapi masih tiada rasa(feel) disebabkan iklan yang banyak malah pada hujung minggu ditayangkan dan sekaligus tiada ulangan bila tiada ulangan banyak episod terlepas, bila banyak terlepas maka banyak tidak faham.
Begitu juga pada musim kedua, masa ini rumah sudah ada Astro, faham-faham sajalah bila ada Astro yang banyak saluran maka tidak selalu dapat tengok tv3 lebih-lebih lagi hujung minggu maka terlepaslah. Kalau saya duduk seorang lain cerita ini ramaikan tetapi bagi saya kalau tengok cerita ramai-ramai dengan keluarga baru seronok. Disini memang ada Astro tetapi tiada saluran Star World yang memang eksklusif Heroes memang cepat ditayangkan malah banyak ulangan.
Saya baru sahaja habis menonton drama ini untuk musim keempat di internet. Tengah tunggu episod baru sebab di Amerika pun belum habis tayang lagi. Oleh kerana saya akan letak video untuk musim terbaru maka anda tengok dahulu akhir musim ketiga, nanti tidak faham pula tengok musim baru.Kalau berpeluang hendak tengok episod musim ketiga sepenuhnya(banyak episod sama macam musim pertama) sebab saya pon tengok episod akhir saja hihihi.
Selamat menonton
.
Saturday, October 24, 2009
Kamera Digital Kompak Pertama Di Dunia Dengan Projektor Terbina Dalam
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera
.
Sudah lama saya tidak menulis rencana terbaru.Banyak sebenarnya halangan dalam beberapa hari ini.Fikiran macam bermasalah sedikit hihihi.Kali ini saya ingin bercerita tentang gajet yang berteknologi baru.Anda kenal projektor.Jadi pada hari ini dengan dunia semakin maju projektor sudah menjadi semakin mudah malah menjimatkan ruang juga.Kenapa? Sebab sudah ada kamera yang mempunyai projektor terbina dalam.Kamera apakah itu? Nikon Coolpix S1000pj merupakan kamera digital kompak pertama di dunia dengan projektor terbina dalam.
Kamera ini mempunyai dua variasi warna iaitu hitam dan perak.Bermegapiksel 12.1 (harap maaf sebelum ini taip 2.1).Zoom sebanyak 5 kali dan 2.7 inchi Lcd.


Walaupun mungkin projektornya tidak sehebat projektor biasa tetapi ini baru peringkat pertama pengeluaran teknologi ini.Penyelidikan dan pembangunan teknologi ini sentiasa berlaku.Untuk mengetahui segalanya dengan lebih tepat klik sahaja laman rasmi ini http://www.nikon-coolpix.com/en/#/camera4
Sekian
.
coretan MOHD [: pada 7:56 AM 2 pendapat

